Onlyimage

Sejarah Perkembangan

Maktab Teologi Sabah (MTS) mula ditubuhkan sebagai Sekolah Teologia Pertama (STP) pada tahun 1965, yang telah dipelopori oleh Pta. Belunsin Mensiang. STP telah mengeluarkan lebih daripada 1,000 orang hamba Tuhan dengan kelulusan Sijil Teologi oleh Persidangan Agung SIB Sabah pada tahun 1993.
MTS telah beroperasi selama 15 tahun dan telah mengeluarkan lebih dari 200 graduan yang melayani sebagai Pentadbir, Pastor, Penginjil dan Penyelia pelayanan di kalangan Gereja SIB dan juga di berbagai denominasi gereja di Malaysia. MTS bersifat interdenominasi dan rela bekerjasama dengan denominasi dan agensi lain di dalam dan luar negara.
MTS di bawah pentadbiran oleh lembaga MTS dan dalam naungan Jabatan Pendidikan SIB Sabah.